Saturday 26 March 2016

Mencukupkan kesabaran


Soalan 223: Mencukupkan kesabaran

Imam Ahmad Al-Hassan (as) pernah ditanya mengenai karenah dalam berdakwah dan menjadi seorang ansar

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Kesabaran sebahagian dari iman seperti kepala pada jasad [29], Maka bersabarlah dengan kesabaran yang sempurna dan bebas daripada mengadu kepada selain dari Allah, dan berdoa kepada-Nya yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memudahkan urusan kamu untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Dan ketahuilah kamu bertanggung jawab membimbing keluarga kamu dan ini adalah kewajipan kamu terhadap mereka, dan tidakkah kamu datang untuk menyelamatkan mereka dari neraka dunia yang perlu berhati-hati di dalamnya, kesusahannya ini tidak akan habis dan dari sebarang penyembuhan sakit, lalu bagaimana pula api nereka akhirat? Kamu tidak boleh meninggalkan satu cara pun untuk menyelamatkan mereka dari nereka di akhirat, dan membimbing mereka kepada kebenaran melainkan menjalaninya, melihat musuhmu dan musuh pemegang kebenaran dari syaitan syaitan yang direjam Iblis (laknahu Allah) seperti yang dikatakan:

﴿ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ﴾

kemudian aku (Iblis) akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). [30],

Tidakkah kamu mengambil pelajaran, bahawa tidak hanya mencukupi dengan jalan pendekatan untuk menyesatkan manusia sahaja, dan jika ia tidak berhasil ia akan datang dari hadapan dan  belakang mereka, dan tidak akan meninggalkan mereka, bahkan mereka datang dari jalan yang lain dan pendekatan lain dari belakang mereka, dan jika kamu tidak berhasil memberi mereka iman kamu tidak akan berhasil dari niat jahat mereka, Maka Tuhan kamu memberi peringatan, ini adalah musuh kami dan musuh kamu, dan bahawa dia akan memerangi kamu dan akan menjadikan kamu putus asa dengan menyesatkan manusia dari hidayah dan beramal dengan semua jalan dan pendekatan untuk menyesatkan mereka siang dan malam, secara rahsia dan secara terang-terang, Adakah kita menjadi pemegang kebenaran dan kita mahu membimbing manusia kepada kebenaran lebih layak dengan perkara ini dengan kita memerangi dan kita akan menjadikan putus asa dari membimbing manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka jahanam yang kita lihat dengan jelas ketidakstabilan dalam mencegah jalan yang sesat yang berjalan di dalamnya.

Jadi, marilah kita mengambil keputusan yang tepat dan tidak berhenti serta tidak terlambat dan tidak meninggalkan jalan untuk membimbing manusia melainkan kita mengambilnya, atau terlibat untuk membimbing manusia melainkan kita mengambil darinya, dan saya bermohom kepada Allah untuk menjayakan kamu dan mendapat penyelesaian dan janganlah lupakan saya yang berdosa dan serba kurang dalam hak kamu dari doa kamu.

                
                            
Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡


________________
[29] – mereka (as) menunjukkan bagi apa yang diriwayatkan dari keluarga Muhammad (as), telah diriwayatkan oleh Al-Kulaini dengan sanad dari Imam Al-Shadiq (as) berkata: (kesabaran sebahagian dari iman adalah seperti kepala pada jasad, jika kepala pergi jasad juga akan pergi, dan jika sabar pergi iman juga akan pergi) Al-Kafi:Jilid 2:halaman 87.
[30] – Al-A3raaf 7:17.




No comments:

Post a Comment