Sunday 28 February 2016

Peraturan Mengenal Al-Hujah


Peraturan Mengenal Al-Hujah: Bagaimana Membezakan Pendakwa Yang Betul Daripada Pendakwa Palsu 
               
Tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang paling asas yang kita lihat hari ini mestilah diberi pertimbangan dan garis panduan, dengan itu kita dapat mengetahuinya. Bagi emas berharga ada timbangannya, begitu pula dengan buah-buahan mempunyai gejala tabiei (aturan umum) dan mempunyai timbangannya dan aturan untuk menerokainya. Maka demikian sunnah (tabiei) yang Allah SWT jadikan pada Ketinggian PeraturanNya untuk membezakan khalifah-Nya dari manusia biasa yang lain.

Tajuk ini menerangkan bagaimana (tokoh) Al-Hujah dikenali pada setiap zaman, sama ada mereka adalah para nabi atau pemegang wasiat (Aushiak) atau raja-raja yang dilantik oleh Allah, dan membezakannya pendakwa-pendakwa yang benar dari pendakwa-pendakwa yang palsu. Bahawa Peraturan ini diterangkan Allah di dalam Al-Quran Al-Karim. Seperti yang disahkan oleh riwayat-riwayat Muhammad (S) dan Aali Muhammad (as).

Peraturan Mengenal Al-Hujah dari Al-Quran Al-Karim


Dalam memperkatakan Khalifah Allah Al-Mahdi (as), Adakah Allah SWT meletakkan peraturan untuk mengenal penyeru Al-Haq pada setiap zaman kerana dia adalah Hujjah Allah atas hambaNya dan Khalifah Allah di bumiNya dan taat kepadanya adalah ketaatan kepada Allah dan mengingkarinya bererti bermaksiat kepada Allah, beriman dan mematuhinya adalah beriman dan taat kepada Allah, dan kufur dan berpaling darinya adalah kufur dan berpaling dari Allah.

Atau adakah Allah meninggalkan urusan ini begitu saja, tidak menentukannya (Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari sifat kekurangan), Dia Maha Bijaksana Lagi Sempurna (Al-Hakim Al-Mutlak) dan menentukan kadar pada semuanya dengan ketentuanNya,
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِندَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
(Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.) [Al-Ra3d 13:8]
Dan Dia SWT,

﴿عَالِمِ الْغَيْبِ لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الْأَرْضِ وَلا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ﴾

Maha Mengetahui yang ghaib. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarrahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata", [Saba’ 34:3] 

Hakikat yang diperlukan adalah Al-Hikmah Ilahiyah yang meletakkan peraturan untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya pada setiap zaman, dan perlulah meletakkan peraturan ini sejak dari hari pertama Allah SWT menjadikan KhalifahNya di bumiNya, maka tidak mungkin peraturan itu wujud secara secara tiba-tiba pada salah satu risalah samawi yang baru, sedangkan ia sepatutnya tanggung jawab yang telah wujud sejak awal lagi.

Sekurang-kurangnya iblis, sebagai mukallaf (yang bertanggung jawab) pada masa tersebut (sejak hari pertama), memerlukan aturan itu untuk mengenal pembawa kebenaran Ilahi. Jika tidak, sudah tentu ia akan dijadikan alasan untuk tidak menjadi pengikut kebenaran kerana tidak mampu membezakan dan tidak adanya aturan untuk mengenal khalifah yang diangkat Allah SWT ini. Dan ukuran untuk menentukan kumpulan pada hari pertama di mana Allah menjadikan KhalifahNya di bumiNya ialah:
                  
Selepas Allah menciptakan Adam (as) dan diajarkan kepadanya semua nama-nama. Kemudian Allah memerintahkan malaikat dan iblis pada masa itu mengabdi dengan sujud kepada Adam.
         
Bahawa Allah menyediakan nash bagi Adam dan dia adalah KhalifahNya di bumiNya di hadapan malaikat (as) dan iblis.

Allah berfirman:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:30] 

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:30] 

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr 15:29] 

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. [Al-Kahf 18:50] 

Ketiga-tiga perkara ini adalah peraturan Allah SWT untuk mengenal Al-Hujah ke atas manusia dan Khalifah Allah di bumiNya ini dan ketiga-tiga perkara ini adalah peraturan yang Sunnah Allah SWT untuk melihat KhalifahNya, sejak hari pertama, dan sunnah Ilahiyah ini akan berjalan sehingga dunia berakhir dan datangnya Al-Saah.

﴿سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati peubahan pada sunnah Allah. [Al-Ahzab 33:62] 


﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. [Al-Fath 48:23] 


Peraturan Pelantikan Imam, Ketua Dan Khalifah Allah Disokong Oleh Akal Yang Sihat

Begitulah juga dengan orang yang memiliki kilang perusahaan atau perladangan atau kapal pengangkutan atau apa jua milikan yang mempunyai para pekerja di dalamnya dia mesti melantik seorang dari mereka bagi mengetuai mereka semua, dan mesti disebutkan namanya, jika tidak akan berlaku huru-hara. Begitulah juga mesti yang paling berilmu dan yang terbaik daripada mereka dan perlu diperintahkan kepada mereka supaya taat kepadanya untuk mencapai apa yang diharapkan. Sebaliknya jika peribadi ini lemah dalam mana-mana jua dari tiga perkara tersebut, maka jauhlah ia dari kebijaksanaan berbanding kebodohan. Maka bagaimana boleh Allah membiarkan mana-mana daripada tiga perkara ini pada manusia sedangkan Dia Maha Sempurna lagi Bijaksana?!!

Jika seseorang memiliki kapal atau kilang perusahaan atau apa jua milikan yang mempunyai sekumpulan pekerja manusia di dalamnya.

Tidakkah ia sepatutnya melantik nakhoda kapal atau pengarah kilang atau pemimpin orang-orang ini dan tidak membiarkan kapal ini tenggelam atau musnahnya tanam-tanaman atau berlaku kerosakan disebabkan sifat kerjanya yang bodoh atau kurang bijaksana ini.

Kemudian melantik nakhoda kapal atau pengarah kilang atau pemimpin orang-orang tersebut, tetapi dia tidak mengajar mereka dalam pengurusan perkapalan atau pengurusan kilang atau memimpin orang-orang tersebut dan hasilnya berkuranglah pengeluaran kilang, atau berlaku kecemasan yang menyebabkan kemudaratan tertentu seperti tenggelamnya kapal kerana jahil dalam peraturan mengurus kilang atau mengendalikan kecemasan, namun kerjanya ini menggambarkan kebodohannya atau jauh dari kebijaksanaan. Bukankah sepatutnya dipilih yang lebih bijak dan lebih tahu dari yang ada. Atau menyediakan pilihan ilmu yang diperlukan untuk menjadikan ia lebih berkesan dan lebih baik untuk pengurusan perkapalan dan menyerahkannya kepada yang cintakan keselamatan dan yang ikhlas mengurus kilang untuk mencapai pengeluaran yang terbaik.
                         
Sekiranya kita menganggap bahawa orang ini telah dilantik sebagai nakhoda kapal atau pengarah kilang atau pemimpin orang-orang tersebut dan telah mengajar mereka dan yang paling sesuai untuk melayarkan kapal dan menguruskan kilang, tetapi tidak memerintahkan manusia supaya taat kepada nakhoda atau pengurus atau pemimpin dan setiap orang bertingkah laku mengikut sesuka hati dan keinginan kerana mereka tidak diwajibkan untuk mematuhi pemimpin yang ditetapkan dan hasilnya adalah keadaan kucar-kacir atau kerosakan kerana perintahnya bagi orang-orang tersebut supaya taat kepada nakhoda atau pemimpin, hanya disifatkan jauh dari kebijaksanaan berbanding kebodohan, kemudian tiada faedah pelantikan kuasa yang diberikan kepada pemimpin itu jika tidak diperintahkan orang-orang tersebut untuk taat kepadanya. Saya tidak fikir seseorang yang waras akan mengatakan ini adalah bijak selain mengatakan (mesti dilantik pemimpin dan ia mesti mempunyai kuasa atau yang menyediakan semua keperluan ilmu dan mesti diperintahkan supaya orang yang dipimpinnya mentaatinya)

Ini ada di dalam Al-Quran pada Khalifah Allah SWT yang pertama di buminya dan diletakkan peraturan ini, iaitu peraturan mengenal Khalifah Allah dan HujahNya ke atas hamba-hambaNya, bahkan peraturan untuk mengenal Allah, kerana dengan mengenal Khalifah Allah sahaja manusia akan mengenali Allah.

Pelantikan Imam, pemimpin dan Khalifah Allah dalam firmanNya:

﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".[Al-Baqarah 2:30] 

Dan jadilah khalifah ini lebih berilmu di dalam ayat:

﴿وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku semus nama-nama itu jika kamu semamangnya orang-orang yang benar!" [Al-Baqarah 2:31] 

Ia adalah ketaatan kepada khalifah dalam ayat:

﴿فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruhKu, maka sujudlah kamu kepadanya. [Al-Hijr15:29] 

Bahkan juga dengan merujuk di dalam Taurat dan Injil akan didapati banyak nash-nash yang berkaitan sama sepenuhnya dengan nash Al-Quran dalam menerangkan peraturan mengenal Khalifah Allah atau peraturan mengenal Allah adalah ketiga-tiga perkara yang sama seperti yang digariskan.

Maka seorang washi Rasul Allah adalah orang yang lebih berilmu dari manusia lain selepas Rasul Allah, dan bahawa Rasul Allah memerintahkan manusia untuk taat kepada perintah Allah, Peribadi itu mesti ada ketiga-tiga perkara tersebut, jika mengatakannya tanpa ketiga-tiga perkara tersebut dia telah menuduh Allah SWT tidak bijaksana? Dan tuntutlah jawapan kepada mereka yang memintanya, dan berharap agar mereka berlaku adil kepada diri mereka sendiri dengan jawapan yang benar

Perlu kita memberi perhatian bahawa di sana dari awal lagi orang yang menolak dari patuh kepada perintah Allah SWT dan menolak adanya perantara di antara dia dengan Allah dan enggan menerima Adam (as) adalah kiblat kepada Allah. Penolakan inilah yang menjadikan Iblis keji dan dilaknat oleh Allah. Ya Iblis (Merak Malaikat) ini dengan pasti telah menolak sujud kepada Adam (as). Diharapkan agar kemudiannya hal Merak Malaikat ini diingatinya terlebih dahulu kepada sesiapa sahaja yang mahu menjawab soalan ini, Firman Allah

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [Al-Kahfi 18:50] .

Apabila Kita Sampai Kepada Peraturan Ilahi Ini Secara Terperinci

Kita dapati bahawa nash Ilahi atas Adam (as) beralih kepada wasiat untuk disebabkan adanya Khalifah sebelumnya dan dia menyatakan siapa selepasnya atas perintah Allah SWT dan ini adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai Khalifah kepada Allah di bumiNya, Firman Allah:

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, [AlNisa’ 4:58] 

Allah SWT telah mengajarkan kepada Adam nama-nama yang bermaksud mengenalkannya hakikat daripada nama-nama Ilahiyah yang mengesahkannya dan telah menampakkannya siapa yang akan menjadi Khalifah Allah di bumiNya. Dan dia (as) yang memberitahu malaikat nama-nama semua yang dengannya mereka mengetahui hakikat nama-nama Ilahiyah yang mencipta mereka, Maka Allah SWT mengenalkan kepada Adam semua nama-nama Ilahiyah, mengikut maqamnya (as). Adapun Malaikat mereka semua tidak tahu melainkan satu nama atau nama-nama yang darinya mereka dicipta dan ini mengesahkan kesahihan Adam (as) atas mereka dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan (Ilmu dan Hikmah).

Perkara ketiga dalam peraturan Ilahi ini adalah perintah Allah SWT kepada para malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam. Dan ini adalah satu perintah bagi mengesahkan perlaksanaan amalan bagi Khalifah yang seterusnya sebagaimana Allah memberi kuasa kepadanya, dan perlaksanaan amalan untuk pekerja Allah (malaikat) untuk mejalankan peranan mereka sebagai pekerja dan pelajar di sisi Khalifah (Adam, as) ini. Perkara ini membuktikan bahawa Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan Kerajaan Allah di bumiNya dicapai melalui mentaati Khalifah Allah di bumiNya ini . Oleh itu semua rasul-rasul termasuk Muhammad (S) mereka membawa panji ini (Al-Bai3atu Lillah - ikrar taat setia kepada Allah atau Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) atau Kerajaan Allah)
                           
Mereka menghadapi orang-orang yang memperakui Hakimiyah Manusia (Ketuanan Pilihan Manusia) dan tidak menerima Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan Kerajaan Allah SWT. Mereka sentiasa dituduh (didakwa) kerana kebatilan ini dan cara yang bertentangan ini,

kerana sebelum ini mereka telah berkata mengenai Isa (as), bahawa dia tamakkan (kuasa pemerintahan) Raja Bani Israel, pada hal ia bukanlah seperti itu. Dan dikatakan mengenai dakwah Muhammad (S),

(أنه لا جنة ولا نار ولكنه الملك)

"Bahawa tiada syurga, tiada neraka, tetapi ia adalah Kerajaan.",

Yang bererti bahawa Muhammad (S), datang untuk meminta (mencari) kuasa pemerintahan untuk dirinya dan Ahli Baitnya. Dan telah mengatakan mengenai Ali (as), "Sesungguhnya dia tidak sabar-sabar dengan kekuasaan [Kerajaan]", walaupun mereka mendengar dia (Ali) berkata: "Tiada bagi Ali kuasa pemerintahan yang tidak kekal ", dan mereka menyaksikan kezuhudannya dan menjauhi dunia dan perhiasannya.

Pada hal ini adalah perintah Allah kepada mereka supaya mereka menuntut KerajaanNya SWT dan mereka juga tahu bahawa manusia tidak akan menyerahkan kerajaan mereka, bahkan juga akan didedahkan ejekan, cemuhan dan penghinaan mereka, dan percubaan mereka untuk membunuh atau memenjarakannya. Ini adalah sama seperti Isa (as) mereka memakaikannya sebuah mahkota dari duri dan mereka mengejeknya sebelum menyalibnya dan Ali (as) dipecahkan pintu rumahnya dan patah tulang rusuk isterinya Al-Zahra’ (as) dan dia diseret dari rumahnya dengan pedang-pedang dihalakan ke mukanya. Begitu pula Musa bin Ja'far (as) yang dihadkan menjadi tebusan (Fadak) sebagai raja dan Khalifah Allah di bumiNya dipenjarakan sehingga mati. Namun begitu, ramai orang yang jahil menjadikan ia menyerupai mereka dengan mendakwa sebagai pemegang kebenaran yang dimiliki Allah SWT sebagai alasan untuk menjatuhkan mereka dan mereka melaungkan berada di pihak pemegang kebenaran Ilahi bahawa dia hanya datang tidak lain hanya untuk menuntut kerajaan. Adakah benar jika Khalifah Allah di bumiNya mencari dunia atau Raja seperti yang tuntutan asasnya dan dia tahu bahawa tuntutan ini tidak dapat tidak, akan menyebabkan kesuciannya dipersendakan dan akan disindir sebagai pencari dunia ..

Kemudian akan melalui jalan yang lain yang diketahui oleh semua orang, tetapi mereka lupa satu jalan yang semua orang-orang disesatkan kepada kekuasaan duniawi, penipuan, pembunuhan dan ugutan, sedangkan Ali (as) menuntut kerajaan mengatakan, Aku washi (pemegang wasiat) Muhammad dan aku Khalifah Allah di bumiNya. Sebaliknya, orang yang mendapat kerajaan duniawi, Abu Bakar Ibn Abi Quhafah
berkata, “Lepaskanlah aku, aku bukan yang terbaik dari kalangan kamu.” Maka adakah Ali seorang pencari dunia atau Ibnu Abi Qahafah yang zuhud dengan kerajaan duniawi yang menafikan hak pemegang wasiat (Al-Washi) (as) dan mengingkari wasiat Rasulullah (S) untuk kerajaan duniawi?!! Mengapa kalian (berbuat demikian); bagaimana kalian memutuskannya??!!
.
Wasiat khususnya didatangkan kepada semua Aushiak (as) dan mereka mengesahkannya dan walaupun dalam keadaan yang paling sukar. Kita dapati Al-Hussein (as) di Karbala memberitahu mereka: Lihatlah di bumi adakah kamu dapati sesiapa yang paling dekat dengan Muhammad (S) dariku. (Aku satu-satunya cucu Muhammad di bumi ini). Ini mengesahkan bahawa Al-Hussein (as) pemegang wasiat (Al-Washiah) dan nash Ilahi

﴿ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾

Satu keturunan yang sebahagiannya dari sebahagian yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Aali Imran 3:34] 

Tentulah orang-orang yang memahami ayat ini tahu bahawa Al-Hussein (as) sebagai pemegang wasiat (Al-Washiah) mahu mengkhususkan untuk dia (as) kerana dia adalah satu-satunya zuriat yang diberikan kuasa khalifah.

Peraturan Ilahi Dalam Zaman Kezuhuran Suci

Selepas kita mengetahui wujudnya peraturan ilahi untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya ini dan ia telah disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim yang juga dibawa oleh semua para nabi dan rasul-rasul (as) ...... Kita juga perlu gunakan dan beramal dengan Peraturan Ilahi dalam zaman Kezuhuran Suci ini (zaman Yusuf Aali Muhammad (salah satu gelaran Ahmad Al- Hassan Al-Yamani (as)) kerana sesiapa yang tidak menggunakan Peraturan ini ia akan menjadi pengikut Iblis (la) seperti yang telah dijelaskan, dan anda juga akan dapati dalam Injil bahawa Isa (as) mengesahkan bahawa para nabi terdahulu dari Bani Israel telah mengingatkan dan mengembirakan mereka serta mewasiatkan mereka mengenainya. Ia juga datang dengan ilmu dan hikmah dan juga mengibarkan panji-panji Al-Bai3atu Lillah dan menuntut kerajaan Allah dan HakimiyahNya, Muhammad juga mengesahkan perkara ini dan menerangkan para nabi terdahulu mengingatkan dan mengembirakan mereka serta mewasiatkan mereka mengenainya dan telah disebutkan di dalam Taurat dan Injil bahawa baginda (S) datang untuk mengajar Al-Kitab dan Al-Hikmah dan mengibarkan panji-panji Al-Bai3atu Lillah dan menuntut kerajaan Allah dan HakimiyahNya SWT di bumiNya.

Begitu juga Aali Muhammad (as) dimana terdapat banyak riwayat dari mereka (as) yang mengesahkan peraturan Ilahi ini supaya tidak menyesatkan Syiah mereka, tetapi malangnya mereka yang mendakwa sebagai Syiah mereka pada akhir zaman mereka memilih tidak beriman (kufur) dengan riwayat mereka dan berpaling darinya dan dari Al-Quran kerana mengikut ulamak yang tidak beramal yang menyesatkan mereka dan mengelirukan mereka dari kebenaran dengan kepalsuan dan mereka tidak lagi mempunyai peraturan untuk mengenal hujah dari Allah dan Khalifah Allah, dengan peraturan Ilahi ini untuk mengenal hujah dari Allah dan Khalifah Allah dan washi yang dengannya manusia diuji. Ia terdapat di dalam Al-Quran dan telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya agar sesiapa yang mendakwa bahawa mereka adalah Syiah Aali Muhammad dan umumnya penganut agama-agama Ilahiyah menghidupkan peraturan ini yang menyelamatkan diri mereka dari api neraka

Jika pemilik kebenaran Ilahi, washi dan Mahdi pertama (washi dan utusan Imam Mahdi (as) yang disebut dalam wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda), Penghibur para nabi dan utusan-utusan Allah yang datang pada akhir zaman, ia datang dengan tiga perkara berikut, iaitu:


Wasiat: 

Ini bermakna bahawa yang sebelumnya (as) telah mewasiatkannya dan mereka menyatakan nama, sifat dan tempat tinggal seperti wasiat kepada Nabi Muhammad daripada nabi-nabi (as) yang sebelumnya dengan menyebutkan namanya dan sifatnya bahawa dia menunggang unta dan tempat tinggalnya di Faran sekarang Mekah dan sekitar (‘Arafah), riwayat-riwayat menunjukkan pada pemegang amanah (washi) pada akhir zaman dengan nama, sifat dan tempat tinggalnya ada cukup banyak .

Ia Juga Datang Dengan Ilmu Dan Hikmah 


Muhammad Rasulullah (S) juga datang membawa Ilmu dan Hikmah, Firman Allah:
                                         
﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ

(Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Al-Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,) [Al-Jumu'ah 62:2] 

Rasul ini adalah Muhammad bin Abdullah (r) diutus pada orang-orang awal dari umat ini, dan kemudia Allah SWT berfirman:
                                         
﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
                                         
Dan yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..) [Al-Jumu'ah 62:3] 

Utusan ini yang lain dari mereka adalah Mahdi Pertama, anak Imam Mahdi (as) dan yang menghantarnya adalah Imam Mahdi (as) yang juga mengajarkan mereka Al-Kitab dan Hikmah, yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad (S) dan nama baginda (S) di langit adalah Ahmad, Mahdi Pertama namanya di bumi adalah Ahmad dan di langit adalah Muhammad, maka ia adalah gambaran bagi Rasulullah Muhammad (S) dan diutus sebagaimana diutus Muhammad (S) dan juga mengalami apa yang dialami Muhammad (S). Maka sudah tentulah ada Quraisy dan sekutu-sekutunya dan Umm Al-Quraa (ibu atau induk dari kota-kota), penghijrahan, bandar (Al-Madinah) dan semua yang nerkaitan dengan seruan dakwah Nabi Muhammad (S) hanya pengesahan (membenarkan) dan wujud perubahan tetapi ia adalah bayangan seperti itu dan seperti mereka itu.

Perkara ketiga: tuntutan Hakimiyah Allah dan Kerajaan ilahi: 

Harus disedari pada hakikatnya bentuk kehidupan bagi menerangkan pemilik kebenaran Ilahi, hikmat, ilmu dan makrifat kepadaNya-lah kesudahan segala urusan, Alhamdu Lillah. Ini adalah rahmat (keutamaan) dari Allah SWT, ke atas semua ulamak yang tidak beramal yang mendakwa (menyeru) kepada Hakimiyah Al-Nas (Ketuanan Manusia) dengan pilihan raya, Syura dan Saqifah pada akhir zaman, tetapi pemegang amanah (Al-Washi) dengan rahmat Allah tidak pernah redha melainkan dengan Hakimiyah Allah dan Kerajaan Allah SWT dan tidak pernah melampaui jalan yang dinyatakan oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as),

Manakala ulamak yang tidak beramal mereka telah berpaling dan menyimpang dari jalan yang benar dan menyatakan keutamaan bentuk kuasa mahkamah daripada mengibarkan panji-panji Nabi Muhammad (S) ((Al-Bai3atu Lillah - setia kepada Allah)) dia adalah satu-satunya washi.

Ada pun sesiapa yang sepertinya maka mereka telah mengibarkan panji-panji pilihan raya dan Hakimiyah Al-Nas (Ketuanan Manusia) dan dia telah meletakkan ketaatan (bai3ah) pada leher mereka kepada taghut penzalim dan secara sukarela, bahkan mereka adalah orang yang telah menyeru manusia dan menipu orang ramai kerana kejahilan mereka dengan aqidah yang tidak diredhai oleh Allah SWT kerana Ahl Al-Bait (as) telah menerangkannya dengan sangat jelas dan dengan darah Al-Hussein di Karbala adalah saksi terbaik untuk itu, walaupun Fatimah Zahra (as) apabila kaumnya tidak menghiraukan washi mereka Ali (as) dia mengucapkan kata-kata:

(Ada pun bagi Umar tuhanmu, telah menyuburkan penangguhan sementara menunggu memetik hasil, kemudian memenuhkan bekas susu dengan darah segar dan racun yang membawa maut, di sana terdapat yang merugikan orang-orang yang batil dan yang mengenal orang yang berjaya, hasil yang diasaskan orang terdahulu, kemudian mereka mewangikan diri kamu seorang demi seorang, dan menenangkan dengan fitnah kebimbangan dan khabar gembira dengan pedang yang mengancam dan permainan yang sempurna dan kedurjanaan orang-orang yang zalim, yang menyerahkan harta rampasan pada kamu dalam jumlah yang sedikit dan meraih tanaman kamu. Melalui kesedihanku pada kamu, pada hal aku bersama kamu tetapi telah disamarkan padamu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, sedangkan kamu tidak menyukainya) Ma3ani Al-Akhbar - Al-Syeikh Al-Shaduq halaman 355

Hari ini mereka mengetahui yang diri kamu berjaya memenuhkan bekas susu dengan darah segar.

Adakah keadaan ini kamu mendapat hukuman dari Allah SWT atau tidak?!!! Jauh dalam diri kamu mengakui bahawa ia adalah hukuman dari Allah, tetapi kamu takut untuk mengakui dengan mulut-mulut kamu supaya jangan ada orang mengatakan kepada kamu bahawa Ahmad Al-Hassan diutus oleh Imam Mahdi (as) dan ia adalah risalah ilahi seperti Allah berfirman:

﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

(dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul) [Al-Israa’ 17:15] 


Mukjizat Kebendaan

(Sebahagian Nabi-nabi dan rasul-rasul didatangkan dengan mukjizat dan begitulah juga kedatangan Ahmad Al-Hassan (as) dengan mukjizat dan keramat-keramat dan khabar-khabar ghaib dan kebanyakan darinya adalah rakaman suara dan video yang dibawa oleh beberapa saluran satelit. Tetapi mengemukakannya di sini sebagai persembahan apa jua mukjizat sebagai peraturan (pengesahan) tidak dapat membezakan dan tidak memberi kesan dalam mengenal hujah-hujah dari Allah.)

Mukjizat kebendaan, ia tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk manusia beriman, bahkan Allah tidak redha (terima) beriman dengan kebendaan semata-mata. Sekiranya diterima iman seperti ini sudah tentu iman Firaun diterima selepas melihatnya (mukjizat).

Melihat mukjizat kebendaan adalah penerimaan secara terpaksa tanpa takwil. Ia melihat laut terbelah, dan melihat setiap jurang dari belahannya seperti gunung yang besar yang boleh disentuh dengan tangannya, lalu ia berkata:

﴿آمَنْتُ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرائيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

("Aku beriman bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dimani oleh Bani Israil, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Islam)". [Yunus 10:90] 

Tetapi Allah tidak terima iman seperti ini:

﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

(Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.) [Yunus 10:91] 

Allah telah meninggalkan jasad Firaun untuk menjadi tanda kepada manusia untuk memikirkannya.

﴿فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيراً مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ


(Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami.) [Yunus 10:92] 

Tetapi hanya sebahagian kecil yang telah mengambil manfaat dari ayat ini, dan
(sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami) Mukjizat juga bukanlah untuk dikemukakan kepada setiap orang yang memintanya. Jika demikian akan menjamin semua manusia beriman secara terpaksa atas apa yang mereka lihat dari keupayaan tarikannya dan mereka tidak berupaya untuk berhadapan dengannya, dan ini tidak akan terjadi melainkan dengan menyerahkan urusan ini pada kenyataan sebenar dan bukanlah menyerah dan menerima yang ghaib (secara paksa) kerana Allah SWt adalah maha Ghaib dan supaya mempertimbangkan tentang mukjizat-mukjizat para nabi yang semuanya didapati datang sesuai dengan apa yang tersebar di zaman mereka. Seperti Musa datang dengan tongkat yang menjadi ular ketika puluhan batang tongkat dibaling ia kelihatan seperti ular pada anggapan manusia. Begitu juga Isa datang untuk menyembuhkan orang-orang sakit pada masa tersebarnya rawatan perubatan, dan Mohammed (S) datang dengan Al-Quran bagi kaum yang masyhur dengan kata-kata dan syair (puisi), perkara itu didatangkan sesuai dengan apa yang diterima pakai. Allah berfirman:

﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكاً لَجَعَلْنَاهُ رَجُلاً وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِمْ مَا يَلْبِسُونَ

(Dan kalau ia Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki, dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran.) [Al-An3aam 6:9] 
            
Dan apa yang diterima pakai dan yang sesuai hanyalah ruang untuk ditakwil (ditafsirkan) oleh para pentakwil yang tidak beriman kepada yang ghaib dan ruang yang tinggal untuk beriman kepada yang ghaib, dan beriman dengan kebendaan semata-mata bukanlah iman  dan bukanlah Islam, dan Allah tidak menerimanya. Allah berfirman:

﴿قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لا يَنْفَعُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ

(Katakanlah: "Pada hari pembukaan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi tangguh") [Al-Sajdah 32:29] 

Iman yang sempurna adalah beriman kepada yang ghaib seratus peratus. Ia adalah iman para nabi dan aushiak. Semua iman yang dicemari dengan tanda, dengan bersyarat, dengan keramat atau dengan mukjizat kebendaan adalah lebih rendah dan bernilai kecil sehinggakan mukjizat itu paksaan semata-mata dan tidaklah boleh ditakwil (ditafsirkan) mengenainya. tidak diterima iman dan Islamnya sebagai mana tidak diterima iman dan Islam Firaun kerana iman seperti itu adalah Iman kebendaan seratus peratus.
Allah menyifatkan orang-orang beriman kerana mereka adalah

﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

(mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.) [Al-Baqarah 2:3] 

﴿الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُمْ مِنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ

(orang-orang yang takut akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa takut akan (tibanya) hari kiamat.) [Al-Anbiak 21:49] 

﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَمَنْ تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِنَفْسِهِ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

(Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kamu kembali.) [Fathir 35:18] 


﴿إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ

(Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.) [Ya Sin 36:11] 


﴿ مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُنِيبٍ
              
(orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,) [Qaf 50:33] 

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

(Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.) [Al-Hadid 57:25] 


﴿إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

(Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.) [Al-Mulk 67:12]




No comments:

Post a Comment